Thursday, June 30, 2011

Tatabahasa Cinta

ajarkan aku tatabahasa cinta
agar dapat ku mengeja
rasa cinta yang membara
perasaan aku bergelora

hendak sahaja ku mengulangkaji
dari kamus cinta sejati
tapi sayang ianya tidak wujud lagi
harap aku tidak menyakitkan hati

ayat ku ini ayat tunggal
tentang cinta kita yang berpenggal
takkan aku ucapkan selamat tinggal
percayalah ini bukan kata tunggal

jika cinta boleh berganda
kan ku guna pergandaan kata
tujukan dengan kata sendi nama
untuk insan yang ku cinta