Tuesday, November 06, 2012

Bunga Bukan Sekuntum??

dengar ini kisah aku cerita
tentang cinta kisah kau dan dia
punya rasa namun tidak bahagia
sudah lama tapi masih tidak ke mana
dia sakit dan kau pula sengsara
kau pasrah dan dia redha

harumnya dulu kau kata kau suka
kini pula harumnya sudah tidak sama
memang benar cinta itu buta
tanpa hati itu bukanlah cinta

ada apa dengan cinta
dulu jelas kini kau tertanya-tanya
dulu indah kini kau rasa merana
saat indah ketika kau dan dia bersama
kini tinggal memori duka terluka

biarlah aku bersama dia
akan aku membahagiakannya
mengarang epilog antara kami berdua
seperti kisah adam dan hawa
berkongsi sayang dan mati bersama
mencari klimaks menuju ke syurga

kerana dia
masih bunga yang sama
mungkin bukan jodoh kau bersamanya
carilah kau bunga yang lain darinya
kerana bunga bukan sekuntum di luar sana
harumnya lain tidakkan sama
bukankah itu apa yang kau kata?

Saturday, November 03, 2012

Jika Cantik Adalah Subjektif

jika cantik adalah subjektif
mungkin suci menjadi objektif
kerana fikiran yang positif
melalui minda yang aktif
tidak sekali cuba berlaku negatif
kerana ia bukannya motif

dengan belajar pelbagai elektif
pastikan mendapat insentif
harap dirinya tidak terlalu sensitif
dengan sifat ku yang terlalu inovatif

tapi bukan, nama ku bukan latif
aku cuma insan biasa yang kreatif
ku harap kita dapat bersama kolaboratif
mencipta sesuatu yang efektif

Wednesday, October 17, 2012

Bicara Tenggelam yang Mendalam

biar bicara ini ku karangkan dengan isi mendalam
agar jiwa yang memandang, merasa tersentuh mencubit ke pelusuk hati

biarpun dengan akal yang kosong, jika dilatih
pasti akan penuh dengan anasir-anasir yang berideologi positif

lantas mencabar diri untuk mencapai kesempurnaan
dengan melakukan kesilapan sekelumit gajah

tidak hanya mendengar, tetapi menyelami
kesat-kesat kehidupan lampau
yang boleh menjerumuskan kepada eksploitasi diri
menjadi orang yang lebih dari sekadar penanti

tatkala waktu tersemput-semput singkat
memanggil tubuh agar kembali menjadi debu-debu tanah
kerana disitulah tempat persemadian sementara
gigih menunggu mendatang kelak
fauna alam tidak diduga

Tuesday, May 15, 2012

Kesibukan

Terlalu sibuk untuk ku katakan
terlalu penat untuk ku luahkan
keringat berguguran turun membasahi
tatkala kerisauan menghantui hati

terkapai aku kesilapan lalu
gerimis jiwa aku meronta
bukanlah ini yang telah ku pinta
cukup sekadar insan biasa
terlalu penat diri ini meronta
harapkan masa berhenti tuk seketika
dapatlah jua aku gembira
walau untuk sementara

menanti bila waktunya tiba
berehatlah aku tuk selamanya