Thursday, January 20, 2011

Hasrat di Dada

sekadar berkongsi luahan jiwa,
sekadar mengisi kekosongan masa,
menyatakan segala hasrat di dada,
untuk menjadi insan berguna,
pada bangsa dan agama,
pada ibu dan juga bapa,
pada kasih dan juga cinta,
pada diri dan juga nyawa.

Cinta Hakiki

rasanya hadir dari hati yang suci,
suci putih tidak hitam berdaki,
daki itulah dosa yang tak disedari,
atau mungkin dosa yang buat2 tidak sedari,
harap kau mengerti,
cinta yang suci,
datang hari hati yang murni,
bukanlah cinta pandang pertama yang dicari,
tapi cinta yang hakiki,
cinta ilahi.

Hadapi Dengan Senyuman

hadapi dengan senyuman,
biar hati tenteram,
biar masin makan garam,
usah sekali kita geram,
kerana nanti kita muram,
pasti hati rasa suram,
bagai kapal laut yang karam
bila hari mula malam,
terlihat langit jadi kelam,
seperti jeruk yang diperam,
tetap manis dengan senyuman.

Tanpa Aku Sedari

Menunggu saat demi saat berlalu
buatkan aku termanggu
termenung aku seketika

Detik demi detik
aku masih disini
menunggu masa untuk pergi
realitinya tanpa aku sedari
aku hanya aku bila bersama mu

Dan jiwa ini tidak berjiwa
pabila kau sudah pergi.

Memori Hampa

tergoda dan ternoda
tergadai segala harta benda
dulunya dara sekarang sudah tiada
hancur segala harapan ayah dan bonda

punah segala harapan
musnah semua impian
bukan kerana halangan
bukan kerana tentangan

pabila suka dibalas dengan cuka
titisnya air mata kerana duka
kenangan yang dulu kini sudah tiada
tinggal hanya memori hampa

Mengapa

tak sanggup untuk ku hadapi
semua ini
sendiri

tak sanggup untuk ku lalui
cinta ini
lagi

Chorus 2x
kau buatkan aku derita, kecewa
kau buatkan aku merana, terseksa
mengapa oh mengapa

aku yang derita
aku yang kecewa
aku yang merana
aku yang terseksa

pabila bersama
pebila kita berdua
mengapa oh mengapa


Chorus 2x
kau buatkan aku derita, kecewa
kau buatkan aku merana, terseksa
mengapa oh mengapa

Pantun Berkerat-kerat

satu dan dua
kita berdua
tiga dan empat
kita berempat

riang ria tawa gembira
tangis pilu hati sengsara
begitulah kita atau begitukah kita?
tepuk dada tanya selera

malam sunyi langit gelap
siang hari terang benderang
mintalah maaf salah dan silap
agar jadi insan terbilang

Perjalanan Kekasih

dan akan ku teruskan perjalanan ini
rintangan dan halangan akan aku tempuhi
segala onak dan duri akan ku lalui
agar dapat aku merasai cinta ini

tiada siapa yang aku cintai
selain dari diri mu
tiada siapa pun yang mampu
mengganti dirimu

2x
kembali oh kekasih
kembali kepada ku
bersama berdua
kau dan aku menjadi kita

namun dugaan kan datang melanda
haruslah kita tabah menghadapinya

2x
kembali oh kekasih
kembali kepada ku
bersama berdua
kau dan aku menjadi kita

dan akan kita teruskan perjalanan ini
rintangan dan halangan akan kita tempuhi
segala onak dan duri akan kita lalui
agar dapat kita merasai cinta ini

Hanya Seketika Cinta Kita

titis-titis air mata
aku sudah tidak mampu berkata
pabila kau sudah tiada

kau kan tetap ku cinta
walau hanya untuk seketika
saat manis kita bersama
menjadi kenangan selamanya

senyuman manis di bibir mu
suara lunak milik mu
benar-benar akan ku rindu
benar-benar buat ku pilu
terasa lemah bila tiada mu

kan ku simpan memori ini
pabila kau sudah pergi
pergi jauh tidakkan kembali
aku disini hanya sendiri

Persahabatan atau Cinta

persahabatan tanpa cinta
ibarat lagu tanpa irama
tidak indah bila berkata
pabila musik tidak seiring nada

namun cinta tanpa persahabatan pula
umpama badan tanpa kepala
kalau kita fikir-fikirkan juga
bolehkah badan hidup tanpa kepala?

ini semua adalah realiti
mengenai persahabatan dan cinta sejati
cinta datang cinta pergi
kawan boleh salih berganti
namun hati harus sedari
cinta sejati susah dicari

Kau dan Aku

bersuka ria gembira ketawa
tangis sedih pilu kecewa
segalanya telah kita lalui bersama
tiada apa yang dapat memisahkan kita
antara kita ada cinta
kasih setia sepanjang masa
umpama cerita sebuah drama
ada naik ada turunnya
namun pasti penghujungnya
menanti bahagia

akan ku tunggu saat bila
kau dan aku menjadi kita
apabila masa tidak dirasa
apabila kata tidak bermakna
kerana cinta kita berdua
kukuhnya ia seperti bata
kekalnya utuh ke akhir masa

Angan Si Poket Kosong Tak Berwang

aku bukan mamat jiwang,
aku tidak suka merewang,
biar poket kosong tidak berwang,
janji hidup tidak terbuang,
kan ku penuhkan masa terluang,
dengan ilmu yang terbilang,
agar nanti jadi cemerlang.

tunggu hari kian mendatang,
dalam negara bangsa berbilang,
harap nanti aku gemilang,
biar sampai tahap terbilang,
biar negara ini aku yang pegang.

Hilang

awan mendung bila langit mula tidak kelihatan
kecerahan yang dulu kini mula pudar
tersedar ku tersedar
siapakah aku ini
ku cuma insan biasa
punya hati punya rasa
aku manusia

aku akan hilang hilang hilang
dan terus menghilang
aku akan hilang hilang hilang
dan terus menghilang
aku akan terus menghilang dan menghilang hilang hilang hilang
tak perlu kau mencari
aku akan pergi takkan kembali lagi
dan menghilang dari pandangan

sakiti hati ku
kau sakiti hati ku
bila masa menjadi waktu
ku sudah kau tak perlu
biarkan aku hilang dan terus menghilang

aku akan hilang hilang hilang
dan terus menghilang
aku akan hilang hilang hilang
dan terus menghilang
aku akan terus menghilang dan menghilang hilang hilang hilang
tak perlu kau mencari
aku akan pergi takkan kembali lagi
dan menghilang dari pandangan

air mata bergelinangan
kini aku sudah hilang
selamat tinggal aku ucapkan
ku akan pergi takkan kembali lagi

Detik-detik Ini

sekadar menanti waktu
aku membisu
menunggu masa
yang selamanya dirasa
hujan renyai membasah
muka yang telah penat ini
titis-titis ia jatuh bak air mata
seakan dunia menangisi isinya
entah apa yang disedihkan
dengan manusiakah?
mungkin.....

detik-detik masih berlalu
dan aku masih disitu
ibarat pohon kelapa
tidak berganjak ia
walau ditiup angin nan kuat

Keriangan Ini Sementara

aku lihat anak-anak kecil bermain,
aku dengar jeritan ketawa mereka,
aku terbayang zaman muda ku dahulu,
aku juga seperti itu dulu,
riang, gembira, bersuka ria sepanjang masa.

aku tersenyum....
benar, aku tersenyum seketika.
zaman kanak-kanak lalu kini berlalu pergi,
aku sudah dewasa, besar panjang berjela.
pelbagai hal harus ku fikirkan,
bukan sekadar dunia, tetapi akhirat juga.

aku berfikir....
benar, aku berfikir seketika.
penat lelah yang telah aku lalui,
titik-titik peluh yang menitis-nitis,
aku sudah tidak terdaya.

aku terlelap.....
benar, aku terlelap seketika.
dalam lelap ku itu, aku bermimpi,
banyak perkara yang aku saksikan,
banyak perkara yang menyedihkan.

aku menangis....
benar, aku menangis seketika.
terasa diri ini terlalu kecil dan kerdil,
aku bersujud memohon taubat,
memohon keampunan keatas segala-galanya,
kepada tuhan yang satu.

aku telah tiada lagi.....
benar, aku pasti akan pergi suatu hari nanti,
kerana keriangan ini hanya sementara.

Sedarlah Ingatlah Wahai Sampah

Hidup ini tidak semestinya indah,langit pula tidak selalunya cerah,
namun jangan kita asyik mengalah,
jangan kita mudah menyerah,
kuatkan hati sentiasa tabah.

Walaupun diri ini kelihatan lemah,
kelihatan kecil seperti lebah,
tapi jika terkena sengatnya pastikan rebah.
Harap kau tidak menggelabah,
lari bertempiaran bersepah-sepah.

Contohi  kehidupan seperti seekor labah-labah,
walaupun sarangnya hancur dan musnah,
tidak pernah ia mengenal erti mengalah,
dibinanya semula dengan penat dan lelah.

Ada orang asyik berbalah
ada orang suka menyumpah,
dua-dua perangai macam sampah,
buatkan aku rasa menyampah.

Ramai orang hidup susah,
ramai lagi yang buat tak kisah,
asal hidup senang semuanya hendak mudah,
tidak peduli dengan ungkapan "ada aku kisah?".

hati ini terasa pasrah,
dengan resah, serba salah untuk marah,
dengan mereka yang menghisap dadah,
dengan mereka yang buat tak endah,
dengan mereka yang tidak ambil kisah,
dengan mereka yang suka buat salah,
dengan mereka yang suka mengambil mudah,
dengan mereka yang asyik berbalah,
dengan mereka yang suka menyumpah,
dengan mereka yang mudah mengalah,
dengan mereka yang asyik berserah,
dengan semua yang seperti sampah.

Sedarlah,
Ingatlah,
wahai sampah!!.

Merdeka

merdeka, merdeka, merdeka...laungan patriotik sang pemuda,
yang tidak tahu kisah cerita,
penat lelah sang pujangga,
menumpah darah untuk bangsa,
terkubur mati menahan segala,
takkan melayu hilang di dunia.

tanah tumpahnya airku,
hanya kosong tinggal berlagu,
tanah tumpahnya airku,
tiada makna jika begitu,
tanah tumpahnya airku,
masih hanya sekadar lagu.

jika melayu bagaikan kata,
memang benar apa dikata,
melayu yang layu dalam bahasa.

Sudah Tidak Bermakna

kau kata ku mengada-ngada,
ku kata kau mengata-ngata,
hati mu yang terluka-luka,
tapi hati ku pula yang terlara-lara.

perlukah kita bersama,
perlukah kita merana,
adakah ini sebenarnya cinta?
ataupun cuma sebuah dusta,
kerna hati ini dah tak terdaya.

setiap masa setiap kata,
hati yang pedih ini semakin terasa,
ku rasa bagaikan tak bermaya,
sudah penat aku mencuba,
namun kasih ini sudah tidak bermakna.

Lompatan Terhebat

satu dua tiga dan empat,
telah ku cuba masih tak dapat,
entah apa perlu ku buat,
diri ini sudah pun penat,

adakah aku masih sempat?
atau ianya sudah terlambat?
perlukah aku pergi berubat?
walaupun aku tidak sakit tapi masih sihat walafiat.

mahu aku jadi terkuat,
segala benda boleh ku buat,
pasti nanti kau meluat,
dengan diri ku yang terhebat,
jangan, jangan kau melompat,
jangan pula kau merempat,
jangan cuba kau merembat,
kerna aku tak nak kau mengumpat.

satu dua tiga dan empat,
ku kira-kira masih tak dapat.

Hidup Indah

hidup ini sebenarnya indah,langit yang mendung akan kembali cerah,
walau suram malam tidak berbintang,
masih kita ditemani bulan mengambang.

usah kita hidup menagih,
kalau kita masih memilih,
usah kita banyak berbalah,
kalau kita banyak berhelah.

bukan hidup ini sebenarnya indah,
tetapi hidup ini sememangnya indah,
lukisan alam corak kehidupan.

Hidup Indah

hidup ini sebenarnya indah,langit yang mendung akan kembali cerah,
walau suram malam tidak berbintang,
masih kita ditemani bulan mengambang.

usah kita hidup menagih,
kalau kita masih memilih,
usah kita banyak berbalah,
kalau kita banyak berhelah.

bukan hidup ini sebenarnya indah,
tetapi hidup ini sememangnya indah,
lukisan alam corak kehidupan.

Kemaafan

kemaafan,
seribu satu persoalan,
salah dan silap buat ku terkilan,
terasa hidup dengan kepuraan-puraan.

aku sedar aku hanya lah hamba-NYA,
rendah tinggi kita sama sahaja,
baik jahat kita tetap manusia.

lupakan kenangan dahulu,
gantikan ia dengan buku yang baru,
permulaan untuk segala yang lalu,
maafkanlah segala kesilapan ku.

Kebahagian dalam Perpisahan feat. Selamat Tinggal Kekasih

Selamat tinggal sayang,
selamat tinggal cinta,
selamat tinggal kasih.

Mengapa haruskah engkau begini,
Sentiasa tidak memahami,
Dengan segala yang telah terjadi.

Tidak pernah pun sekali engkau mengerti,
Membiarkan aku melalui,
Membuatkan aku mengalami,
Keperitan Dihati ini,

Mungkin inilah penghujungnya,
Hubungan kasih antara kita,
Kerna ku tak sanggup lagi tuk terasa.

Selamat tinggal kekasih ku,
Harap kau bahagia selalu,
Moga dapat kau lupakan ku,

kisah kita sampai disini sahaja,
cerita cinta duka yang tak dipinta,
kita berduka dalam bersama,
kita sengsara bila bersama,
kita merana kerana bersama.

Biarkan saja ku pergi,
Kerna kau sudah tidak mencintai,
Membiarkan aku tangisi,
Membuatkan aku merasa benci,
Terhadap dirimu yang dulu ku cintai,
Semoga kau berbahagia dengan perpisahan ini.

Kekeliruan Hidup

mengeliru,
terkeliru,
kelirukan aku.

menginginkan realiti,
aku berfantasi,
aku bermimpi akan sebuah ilusi,
aku keliru dalam dunia ku sendiri.

keliru,
aku terkeliru,
kau mengelirukan aku,

mengeliru,
terkeliru,
kelirukan aku.

keliru hidup ku ini,
keliru yang telah kau beri,
keliru rasa hati ku,
keliru aku sudah tidak tahu.

Sakit

Oh tuhan,
sunyi sepi aku biarkan,
pedih ini tak tertahan,
hidup ini sungguh perlahan,
aku melihat orang berjalan,
aku hanya mampu menahan.

seribu satu penyesalan,
kini aku terlantar di wad kesakitan,
sakit ini yang ku rasakan,
tiada siapa yang akan faham,
menangis aku bersendirian,
mengenang nasib ku yang malang,
bukan ini yang ku nantikan,
bukan ini yang ku mintakan,
aku tertekan dalam kesakitan.

Kisah Cinta Kasih Sayang

kerana mahukan sayang,
kau cemburu melayang.
kerana mahukan kasih,
kau marah terlebih.
kerana mahukan dia,
kau tertekan menggila.

jika ini cinta, cinta itu buta,
jika ini kasih, kasih itu sementara,
jika ini sayang, sayang kau tak kemana.

moga dapat kau renungi,
erti sebuah cinta abadi,
bukan seperti sepasang kekasih Rumi dan Juli,
sekadar cinta disiang hari,
berlalu pergi pabila mati.

Cinta

hati merintih rindu ,
setiap kali minda teringat akan dirimu,
jiwa bercelaru bila kau tiada bersama ku.

tiada dua tiga hanya kau yang satu,
mahu bersama mu hingga ke akhir waktu,
sekuntum bunga kembang mekar tak melayu,
begitu jua cintaku padamu
bukan emas harta kuasa yang ku mahu,
cukup sekadar kasihmu pada ku

bagai sepasang seluar dan baju,
hubungan antara irama dan lagu,
tidak lengkap diriku tanpamu.

akan ku karangi sebuah buku,
mengenai kisah kau dan aku,
kisah cinta sang puteri dan hantu
hanya satu ungkapan dariku,
aku cinta padamu.

Sekadar Manusia

Bukannya aku tak terima,
dirimu itu yang seadanya,
seperti insan lain juga,
mahukan yang sempurna.

mencari erti sebuah cinta,
tidak ku kejarkan harta,
mencari kasih untuk bahagia,
tidak pula ku kejarkan kuasa.

terbang tinggi di angkasa,
mimpi ku tinggi tidak terduga,
mentari sinar bewarna jingga,
indah malam bulan purnama,
aku hanya sekadar manusia.
tinggi rendah ku terima.

jangan lupa jangan alpa,
kita masih sekadar manusia.

Single & Couple

if single is simple, why did god create couple?
if couple is trouble, why did god create marriage?

if single is simple, why did we feeling lonely?
if couple is trouble, why did we feels love in it?

if single is simple, why didnt we live alone?
if couple is trouble, why people marry and live together?

it does not matter whether you are single or couple,
the most important thing is,
you happy with
what you are,
what you doing,
where you be,
who you love.

Renungi

Lautan biru sudah ku jelahi,
hutan belantara telah ku redahi,
onak dan duri telah ku tempuhi,
perjuangan ini masih belum berhenti,
udara dan angkasa masih belum ku terokai,
masih banyak yang belum ku lakukan lagi,
terasa kerdil sungguh diri ku ini.

cita-cita ku masih belum tercapai lagi,
masih banyak yang ku ingini,
bukan tamak haloba tak sedar diri,
cuma mahu mencari erti keindahan ilahi,
menikmati segala ciptaanNYA di bumi,
moga dapat kita sama-sama renungi,
erti sebuah cinta abadi,
bukan seperti sepasang kekasih Rumi dan Juli,
sekadar cinta disiang hari,
berlalu pergi pabila mati.

Cinta Kayangan

sampaikan salam ku kepadanya
wahai bintang di awangan
biarkan bulan menemani
bidadari ku yang bersendiri

akan ku pulang nanti
harap sabar kau menanti
aku masih disini
merindui mu dihati

sinar matahari padamu bulan
terangilah bidadari ku bila malam
agar tidak dia sepi kesunyian

Aku dilupakan II

kau lari, aku cari,
aku lari, kau buat-buat mencari.
kau sakit, aku sakit,
aku sakit, kau buat aku bertambah sakit.

mengapa aku dilayan begini,
mengapa aku disisih begini,
bagai rasa disingkir berkali-kali,
bagai rasa dididih beribu kali,
pabila lidah kau menjelir memerli.
pabila kau menyisih memarahi.
hatiku pedih sedih dilupai,
bila susu yang telah ku beri,
dibalas dengan duri-duri,
pedihnya ia menusuk hati,
menangis aku bersendiri,
mengalir ia tidak berhenti.

adakah aku sahabat sejati,
atau dirimu teman tak berhati.

Aku dilupakan

aku senang, kau senang, semua senang,
aku susah, kau senang, semua senang,
kau susah, aku susah, semua susah senang.

aku menang, kau menang, semua menang,
kau memang, aku tak menang, semua menang,
aku kalah, kau menang, semua hidup senang lenang.

mengapa aku dipinggir,
mengapa aku disisih,
bagai rasa disingkir,
bagai rasa dididih,
pabila lidah kau menjelir.
pabila kau menyisih.

hatiku pedih sedih dilupai,
bila susu yang telah ku beri,
dibalas dengan duri-duri,
pedihnya ia menusuk hati,
menangis aku bersendiri,
mengalir ia tidak berhenti.

adakah aku sahabat sejati,
atau dirimu teman tak berhati.

Akhirnya U

Masa yang berlalu,
biarkan berlalu,
usah dikenang kan masa lalu.

Ingat-ingat dahulu,
sebelum kau cemburu,
dimanakah rasa malu mu itu.

Ku tak tahu,
ku tak mahu,
bersama mu,
pabila kau tiada disitu.

tiap saat dan waktu,
selalu teringat kan mu,
selamat tinggal sayang ku,
semoga kau berbahagia selalu.

Kenangan Semalam

Ku tanya pada bintang bila kan mendatang,
ku tanya pada bulan bila kan menjelang,
jiwa kacau hati ku gelisah,
menunggu waktu detik berlalu,
malam yang indah ku rasakan celaru,
hati ku ini tidak menentu.

tersenyum aku seketika,
menangis pula bila sengsara,
hatiku ini telah merana,
kenangan semalam sudah tiada,
hari ini aku kecewa.

Dosa Pahala Neraka Syurga

begitu indahnya dunia,
ciptaan yang maha esa,
untuk makhluknya hidup bersama.

kita mahukan harta,
kita pentingkan kuasa,
sentiasa dikelilingi wanita,
hingga melupakan masa,
tidak kisah pahala ataupun dosa.

namun kita sering terlupa,
siapa diri kita yang sebenarnya,
seringkali hati tergoda,
dengan nafsu bara membara,
kembalilah kawan2 ku disana,
aku kau dia kita semua,
dunia ini hanya sementara,
jangan asyik mahu bersuka ria,
akhirnya nanti kau akan merana,
jika asyik menabung dosa,
N E R A K A lah tempatnya,
selalu buat bekal pahala,
S Y U R G A lah tempatnya.

Puisi ku ini

Puisi ku ini,
ku persembahkan kepada mu,
nukilan isi hati ku tersendiri,
meratap sepi-sepi yang berlalu pergi,
emosi-emosi jiwa curiga membunuh diri,
segala duka2 lara menjadi sadis tak bertepi.

melangkah jauh terasa,
merangkak dekat tersekat,
perjuangan yang dilalui harus tabah dihadapi,
kegagalan meruntuhkan diri,
kejayaan membongkakkan diri,
kehinaan membunuh diri.

langit2 hitam mendung diawangan,
cahaya2 samar tak terlihat,
namun pergi selamanya takkan kembali....

Tangisan Dalam Senyuman

tangisan dalam senyuman,
sekuntum bunga mekar melayu.

setitis air lautan,
tersirat seribu persoalan,
pemikiran kelam jadi hiba,
amarah pula mula tiba,
jadi nafsu buas membara,
menyelongkar diri yang tersurat,
hanya sekadar menanti masa,
hidup ini sementara,
selamat tinggal dunia.

tangisan dalam senyuman,
sekuntum bunga mekar melayu.

Mengertilah Hati

tidak ku berkata bila bukan masanya,
tidak ku bersuara bila bukan waktunya.

biarlah aku sunyi sendiri,
tapi riang selalu dihati,
biarlah aku senyap menyepi,
asal masih ada yang memahami.

kerana hati ini tidak menangisi,
akan susah yang ku hadapi,
dugaan yang ku lalui,
cabaran yang ku tempuhi,
onak dan duri yang ku redahi.

mengertilah ini dihati,
kita tidak bersendiri,
walau tiada siapa disisi.

Percintaan Suka Luka Duka

Dalam kata-kata gurauan ku,ku selitkan bicara nasihat buat pengisi jiwa.
Dalam kita berseronok,
ku berikan kata-kata duka,
kerana tidak ada suka itu tanpa duka,
tidak ada cinta itu tanpa luka.

Bukannya ku katakan cinta itu luka,
bukan pula ku katakan cinta itu perit tuk dirasa.

Ingatilah,
cinta yang suka-suka itu tidak ada maknanya,
cinta yang suka luka duka itu kadangkala ada sakitnya.
Tetapi kesakitan itu lah menjadikan cinta bahagia.

Bila Kau Sudah Tiada

Bila kau sudah tiada,
hati ku kecewa,
hati ku merana,
jiwa meronta.

Bila semuanya sudah,
tinggal kenangan,
tinggal harapan,
tak kesampaian.

Aku yang terluka,
aku yang terseksa,
merindui masa,
kita bersama,
kita berdua,
menjadi satu,
dalam beribu,
orang yang ada,
tetaplah cuma,
kau yang ku cinta,
hingga ke akhirnya,
kau sudah tiada,
kau sudah tiada.....

Permulaan

Luahan dari hati ini...