satu dua tiga dan empat,
telah ku cuba masih tak dapat,
entah apa perlu ku buat,
diri ini sudah pun penat,
adakah aku masih sempat?
atau ianya sudah terlambat?
perlukah aku pergi berubat?
walaupun aku tidak sakit tapi masih sihat walafiat.
mahu aku jadi terkuat,
segala benda boleh ku buat,
pasti nanti kau meluat,
dengan diri ku yang terhebat,
jangan, jangan kau melompat,
jangan pula kau merempat,
jangan cuba kau merembat,
kerna aku tak nak kau mengumpat.
satu dua tiga dan empat,
ku kira-kira masih tak dapat.
No comments:
Post a Comment