aku lihat anak-anak kecil bermain,
aku dengar jeritan ketawa mereka,
aku terbayang zaman muda ku dahulu,
aku juga seperti itu dulu,
riang, gembira, bersuka ria sepanjang masa.
aku tersenyum....
benar, aku tersenyum seketika.
zaman kanak-kanak lalu kini berlalu pergi,
aku sudah dewasa, besar panjang berjela.
pelbagai hal harus ku fikirkan,
bukan sekadar dunia, tetapi akhirat juga.
aku berfikir....
benar, aku berfikir seketika.
penat lelah yang telah aku lalui,
titik-titik peluh yang menitis-nitis,
aku sudah tidak terdaya.
aku terlelap.....
benar, aku terlelap seketika.
dalam lelap ku itu, aku bermimpi,
banyak perkara yang aku saksikan,
banyak perkara yang menyedihkan.
aku menangis....
benar, aku menangis seketika.
terasa diri ini terlalu kecil dan kerdil,
aku bersujud memohon taubat,
memohon keampunan keatas segala-galanya,
kepada tuhan yang satu.
aku telah tiada lagi.....
benar, aku pasti akan pergi suatu hari nanti,
kerana keriangan ini hanya sementara.

No comments:
Post a Comment